May 15, 2013

RePost : Tunang // Engaged ?



Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah , akhirnya selamat sampai ke Pahang ! Rasa macam dah bertahun2 tak balik ... haru (padahal awal2 tahun dah balik =_=")

Sampai kampung , angkat barang (memandangkan yang lelakinya amatlah malas sekali) , solat asar , melayan kanak2 ribena dan finally , meet atuk and salam .

Seperti biasa , ayat popular setiap kali Haura balik akan 'repeat' balik dari mulut atuk ... Hmm , tapi kali ni , special sikit , sbb ada nasihat free dari pakar  !

Atuk pesan : 
  • Belajar rajin2 !
  • Jangan main2 CINTA !
  • Kalau ada yang mengurat , katakan : " Jangan ngurat saya , atuk saya marah ! "

    Sentap jap..hehehe..btw , atuk sangat memahami perasaan remaja nih ! Dan akhirnya , Haura hanya mampu tersengih and gelak sakan ---- > [my sister , memang orang gelak guling2 pun , xkan x nmpk =_="]
Pesanan ini , Haura kongsikan bersama RafiQue/ah sekalian..jaga qalbi , jaga iman , jaga nafsi yer , kawan2!  

Kata2 atuk memang selalu tepat terkena kat diri . Teringat akhir tahun lepas . Saat tengah 'jiwang' dulu ..<--[ pelik pula mendengarnya , me , jiwang ?! lompat kangaroo jap ^_^]
Meet atuk . Salam atuk . And atuk kata : " Tak lama lagi , cucu aku tunang la ni .."

Fuh , kata2 atuk yg mantap ! Kenapa selalu Haura yang terkena =_=" . Kakak Haura tak da pula kena ayat2 zupp macam tu...Ke , orang2 yang lebih makan garam ni , ada instict yang kuat (macam ummi pula dah) ?

Berkata soal tunang=kahwin=jodoh ni , ramai juga yang kata , muka Haura ni , memang muka cepat 'langsung' ! Ya Allah , 'untung' lah suami Haura , dapat isteri x reti masak . makan kedai la jawabnya ...

Ok , kawan2 , Haura x sedia lagi nak kahwin2 ni , tapi kalau ada yang ajak pi kursus tu , boleh je orang teman .. ^_^ [ tuntut ilmu x mengira 'ilmu' apa ye , asalkan bermanfaat ! selagi hidup , selagi itulah kena terus menambah dan menyampaikan ilmu ! ] Macam manalah boleh dengar  , ada budak yang ingin jadikan Haura ni kakak ipar ? Oh , silap oranglah , adik =_=" Asifah kathiran !  

Saya nak belajar betul2 dulu . Nak habiskan SPM . Nak masuk universiti . Insya Allah , kalau ada rezeki , lepas tamat degree baru fikir pasal2 kehidupan berkeluarga ni .. [rasa kecik sangat , nak cakap pasal 'benda' ni ]Tapi , kalau dah tercatat di Luh Mahfuz , cepat , maka cepatlah...Saya terima tanpa bantahan , dengan redha , Insya Allah ... sebab yakin , Allah akan berikan yang terbaik buat hambaNya!

Ini pendirian saya . Bukan bermaksud , saya tak suka perkataan 'nikah awal' , malah saya menyokongnya . ^_^ Pilihlah mana yang terbaik , demi kehidupan dan masa depan yang terbaik , Insya Allah ..

Till we meet again . May Allah bless you !
Save Allah's love in your heart tightly !
Wassalam ~

[Raub , 2nd Day , Houri Haura ] ; 03/06/2012

 ----------------------------------------------------------------------------------------------------

Nampak x, betapa x matangnya pemikiran Ana suatu masa dulu..haha.. ayat nak power je :p Rasa nak gelak guling2 sampai jatuh katil bila baca balik. Like seriously, berangan bab kahwin tu dah macam rutin harian kot dulu. DULU.. SEKARANG dah x camtu..banyak lagi hal nak kena fikir but daydreaming tu still my fav bila stress or bosan.  

Drop the 'angan2'. Cakap pasal realiti pulak aih. Honestly, siapa yang x nak kahwin kan ? Boleh kira dengan jari kot, siapa yang x nak. Fitrah untuk berpasangan. Semua orang ada :) Soalnya, pandai uruskan fitrah dengan baik atau mudah sangat tenggelam dalam fitnah? 

Okey! yang tu, Ana x ada jawapan. Sila tanya & koreksi diri kembali. 

Apa-apa pun, ingat ! Nak kahwin tu bukan boleh aci pakai redah ja.. preparation dari pelbagai aspek perlu ada. Ilmu kena topup, hubungan dengan Rabb kena stabil, hubungan with parents kena jaga, etc..

Yang penting, banyak istikharah & istiyarah (berbincang). 

Baiklah, cukuplah syarah tentang bab ini. :) Ni repost pun, sebab Ana suka bab2 peringatan ni, lagi2 bila dapat special honor , mandat untuk dapat syarahan from orang2 yang disayangi.

Time to make a move . Bon Voyage. Assalamualaikum!

*mabrook kepada senior & senpai yang telah & bakal ber-baytMuslim!*


No comments:

Post a Comment