May 18, 2013

Alam Baru :D

Assalamualaikum w.bt & Sobahul kheir !


Alhamdulillah, Allah berikan oksigen untuk meneruskan hidup ini sebagai hamba dan khalifahNya. Moga iman + amal + taqwa terus meningkat seiring peningkatan usia kita, Insha Allah :)

Alhamdulillah juga, semalam rasminya keluar result UPU. Mabruk alaikum kepada sahabat yang berjaya, namun bagi yang masih belum berpeluang.. KUATlah! Bangkit! Jangan FUTUR (Putus Asa) .Ayuh, mari ramai2 serbu UPU web 24 Mei -02 Jun untuk rayuan semula.^_^

Ana dapat x? 

Soalan killer betul :) Honestly, Allah x berikan rezeki lagi untuk menempatkan diri ke universiti secara first intake. Perasaan? Seriously, CUKIWA gila :') Sebab memang dah aim nak masuk Uni, ambil Asasi after SPM. Semalam, hampir 3 jam juga la 'hujan air terjun' (bermanfaat sungguh tisu2 yang dibeli time zaman SPM) Time result SPM x de nangis pun, maybe telah diQada'kan pada hari semalam. Banyak kali check, refresh balik :) [pagi ni pun buat lagi, manalah tau kot2 ada orang nak main magik ke]. Memang semalam rasa macam beruang kutub, terperap je dalam bilik. Then, dekat nak Maghrib tu, serius rasa nak pitam. First time rasa :) Tengah sibuk basuh pinggan, terus lari masuk bilik. Ambil minyak cap kapak dan tergolek sekejap. Alhamdulillah, rasa nak pitam, tapi x pengsan.(Energy dah wear out kot, tu yang fenin overflood)

Terima kasih kepada sahabat2 [Bella, Afieqah] dan yang lain2 yang sudi bagi kata2 semangat. Terima kasih, sangat berharga n terkesan dalam hati. Insha Allah i will strive the best dalam menuntut ilmu Ilahi ini :'D . Tapi dalam banyak2 nasihat, Ana sangat terkesan dengan nasihat kakak. (minta izin cita pasai kakak sulung jap)

Kakak, she's the first child. Nak dipendekkan cerita, result SPM kami lebih kurang je & yang paling tak boleh lupakan, bila kakak LANGSUNG X DAPAT upu, matriks, rayuan upu. Nothing. [Sekarang baru faham perasaan kakak :'( ] Memang time tu, kakak rasa hopeless and helpless sangat2, rasa macam x jadi kakak dan contoh yang baik untuk adik2 (sorry, terjumpa luahan awak). So, kakak continue her study in FORM 6. Itu titik perubahannya. Dan Alhamdulillah, sekarang kakak sambung degree at UIAM.

Ya, mungkin nampak kisah tu biasa. But impaknya kepada seorang adik sangat kuat :)

Ana teringat pesan Ustaz Amin (ustaz PSI), <intipatinya>
"Setiap insan berhak untuk berjaya. Masing2 ada jalan menuju kejayaan. Cuma bezanya, bentuk perjalanan itu. Ada yang mudah, lurus, straight tanpa liku tapi ada yang penuh onak duri, luka, liku2 tajam, jalan pecah. Semuanya ada hikmah dan pengajaran dariNYA"

Almost 1 hari juga nak terima dengan hati terbuka. Dan Alhamdulillah, i feel much better than yesterday. Tak dop ayaq mata dah, kering sebab dah all-out semalamnya =_= Ok, Tipulah kalau kata x de langsung dah rasa CUKIWA dalam jiwa sekarang ni. Ada tapi dah boleh kawal, Insha Allah.

Hidup kena ada banyak plan. Kalau plan A tak jadi, at least ada plan B jadi backup

My next plan ? Insha Allah, akan teruskan usaha menuntut ilmu di KMJ - Kolej Matrikulasi Johor (bukan Kolej Mencari Jodoh ye =_=) sambil tunggu result Rayuan UPU. Actually, memang lepas SPM dah aim x nak sambung bidang Sains, sebab takut x mampu tambah lagi result Sains pon cantik je dapat Cik Cekodok Credit :) 

Walau orang kata Matrik ni susah, memanglah ada tambah rasa cuak tu. Sebab sekolah x sama macam matrik/asasi/diploma, siapa nak berjaya dia kena push lagi kaw2. Tapi, bila renung balik...nak berjaya kena tempuh jalan sukar dulu. Nak majukan diri ke peringkat yang tinggi, kena usaha lebih lagi. Nak teruskan diploma ka, asasi ka, matriks ka, degree ka, master ka, walhal PHD sekalipun, pasti ada cabarannya tersendiri.. cabaran yang semakin lama semakin hebat.

Jadi, kalau nak improve ourself..nak taknak, kena sahut cabaran. Jadi, doakanlah Ana boleh survive dengan baik di KMJ (Semoga Afieqah jadi ke sana, Amin) . Dan dalam masa yang sama, doakan rayuan UPU Ana diterima, Insha Allah.

Semoga cita2 untuk sambung pengajian dalam bidang agama, bahasa, (selain Sains) dapat dilunaskan :) Semoga dapat ikut jejak langkah senior KMJ yang sempat menetap selama 3 minggu je di sana XD 

Doakan Ana kuat ! Doakan Ana redha dengan jalan yang DIA aturkan ini.^_^

Kita merancang, tapi sungguh ALLAH itulah SEBAIK-BAIK PERANCANG DAN PELAKSANA :)

Ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik :)

Apa2pun, jadilah hamba yang BERSYUKUR atas segala yang DIA berikan.Pensyukur yang tegar, Insha Allah. Nak nangis? Silakan. Nak sedih? Silakan. Tapi cukup untuk menenangkan rasa cukiwa tu, tidak hingga melawan takdir Ilahi..hingga tega hilangnya REDHA ALLAH pada diri kita (nauzubillah). Manusia dikurniakan perasaan dan akal fikiran. Gunakan dengan cara yang betul dan bijaksana.

Keep on moving yourself with motivation. Motivasi, nasihat dari orang sekeliling adalah satu semangat. Tapi, percayalah...diri kita is the best motivator for ourself. Believe me! 

 “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Senyum. Ada jalan bahagia untuk kita, Insha Allah.Believe HIM. Ayuh, jadi orang2 yang BANGKIT dari KEJATUHAN! Bangkit dari Kekecewaan! Stay positive! Yosh, FIGHTING !!!

 ~"Semoga twins Sarah ni, dapat menjadi seorang yang hebat seperti Prof Dr Muhaya"~ Sarah

Insha Allah, jika tidak diizinkan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama..Insha Allah, i'll keep moving on. Doakan saya. Ilmu agama itu wajib dipelajari setiap Muslim. Tak kiralah Muslim itu dalam bidang apa sekalipun.

Contohilah Dr Farhan Hadi, Ustazah Fatimah Syarha, Profesor Dr Muhaya.. masing2 mempunyai bakat dan bidang tersendiri, namun ilmu Agama tetap dicari, malah mereka sering menjadi rujukan orang yang dahagakan ilmu :)

Till here. Kena siapkan data2 untuk dibentangkan pada mama abah ! Doakan urusan Ana dipermudahkan :)

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan yang x seberapa ini. Moga ada sesuatu yang boleh diambil untuk dimanfaatkan! 

Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity (Al Baqarah 2:286)

Bon Voyage ! Assalamualaikum :)

gambar yg akan menjadi perangsang/tatapan selama 3 minggu di KMJ
p/s : Moga diizinkan Ilahi :)

No comments:

Post a Comment