April 24, 2013

Smile & Tears on 18's

Assalamualaikum wbt .
Alhamdulillah ! Allah sudi menitipkan udara untuk hambaNya . Moga udara-udara ini , dimanfaatkan dengan hembusan  iman dan taqwa :)

So , how's life ? Kaifa asbahtum ? Asbahtu 'ala fitratil islam wa kalimatil ikhlas . Insha Allah :)


Alhamdulillah , syukur! Genap usia 18 tahun pada hari ini . Syukur kerana masih diizinkan untuk berbakti pada mama & abah . Syukur kerana masih diizinkan untuk duduk dalam halaqah dengan adik beradik . Syukur kerana dianugerahkan keluarga yang menjadi pendokong jatuh bangunku . Syukur kerana adanya sahabat , chingu fillah , yang setia berada di sisi .. comes hell or high water . Syukur kerana dikurniakan muallim yang sangat berdedikasi dalam mencurah ilmu . Syukur . Syukur . Syukur , Alhamdulillah :'D

Nothing can I ask more ,Ya ALLAH ! Sungguh , sangat bernilai segala kurniaanMu untuk hamba kerdil ini . Terima kasih atas segala doa , ingatan , nasihat , hadiah baik dalam diam mahupun terangan , hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan entum :)

Wallahi , hadirnya kalian dalam hidup ini , membawa 1001 makna , rasa dan erti . Umpama kemilau mutiara di dasar lautan dan mentari yang bersinar terang .. u are :) Walau adakalanya , datangnya guruh , kilat , petir , ribut taufan , hujan lebat.. itu ujian hidupkan ? ^_^

Kepada pembaca blog saya yang sederhana ini , terima kasih kerana sudi membaca dan menghabiskan masa seketika di sini . Semoga ibrah dan manfaat dapat dikutip dari blog saya yang biasa ini . Buat sahabat2 yang masih setia menulis di blog atau di mana2 sekali pun , moga Allah redhai usaha kita . Ayuh , lontarkan pena demi tegakkan Islam . Insha Allah , moga Allah pandang usaha kita ini , walau sedikit cuma ...

Insha Allah , dengan bertambahnya usia ini , moga bertambah juga iman , bertambah taqwa , bertambah istiqamah dalam beramal , bertambah semangat , bertambah usaha mendekatiNYA , bertambah tabah , bertambah redha , bertabah solehah wa muslihah . Semakin bertambah usia , semakin bertambah detik menghampiri kematian . Moga kita dijemput dalam HUSNUL KHATIMAH :')


La Vie Est Belle = Life is beautiful . Face them with strong Imaan & Taqwa ..

Au Revoir ! Wassalam ^_^

No comments:

Post a Comment