March 26, 2013

Hala Tuju ?!

Bismillah . Assalamualaikum w.b.t ^_^


How's ur day ? Alhamdulillah , dah nak sampai hujung bulan Mac . Musim bunga April will come next ! *Ada orang dah x sabar nak masuk 18 , I guess >_<"

Soalan HOT untuk bulan 3 , semestinya tentang result SPM & STPM . Ha , macam mana result anda ?
Walau mungkin kita diuji kekurangan A / ketiadaan A , Berbaik sangka dengan Ilahi . Jangan risau , we r in the same boat ^_^ Get ready for some motivation ? Nah , here it is ~

Tik..Tik...Tik... Tiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit.  Debaran itu telah berakhir.
Wajah mereka penuh dengan warna warni . Ceria . Riang . Bahagia.
Tidak kurang juga ada yang berduka . Bersedih . Air mata berlinangan .

Sahabat seperjuangan,
Itu semua adalah ujian dari Allah.Reflecting time.

Bagi yang berjaya mendapat A yang banyak , tahniah kepada kalian ! Semoga niat kalian untuk mengharumkan nama Islam berterusan hingga ke saat akhir perjuangan hidup . Bersyukurlah seadanya . Saat dipuji , ingatlah anda sedang diuji . Pilihan anda ? Mensyukuri , merendah diri atau mendabik dada . Apa2pun , anda telah dipilih oleh Allah untuk menerima cabaran ini . Bersediakah anda untuk diuji ? Cabaran untuk syukur nikmat atau kufur nikmat . Anda diuji kerana anda mampu tempuhinya . Chayo! Kami mendoakan yang terbaik untuk anda~

Buat mereka yang berduka . Result yang meresahkan jiwa . Mengundang tekanan perasaan . Terasa melukakan insan yang menyayangi anda .. Ingatlah , jalan menuju kecemerlangan kita berbeza.

Ada yang lurus tanpa liku . Ada yang penuh dengan duri tajam dan jalan yang penuh bengkang-bengkok . Semua orang ada cerita hidup yang tersendiri . Kita diuji dengan kekurangan A atau ketiadaan A dalam result SPM , tapi siapa tahu , ujian inilah yang menyedarkan Kita dan membantu kita untuk menjadi yang terbaik di luar sana ? Berbaik sangka dengan DIA . Kita hebat , sebab Allah bagi ujian kekurangan A ini untuk kita . Sebab Allah tahu kita mampu hadapinya . Kuatkan semangat . Teguhkan langkah . Teruskan pengharapan dan doa .

Ingat lagi x tafsiran ayat 286 dalam Surah Al Baqarah ?
"Allah x akan memberatkan hambaNya lebih dari kemampuan mereka.."

See , Allah dah cakap pada hambaNya . Direct. Jelas . Nyata . Terang. Nikmat apakah yang ingin kamu dustakan lagi ?

Kita diciptakan di dunia untuk menjadi khalifahNya , lantas , adakah dengan ujian seperti ini kita sudah mengalah ? Ketuk qalbi seru iman kembali. Kita berjaya hidup di dunia , kerana kita adalah juara . Juara perlu berani menongkah arus kehidupan ^_^

Sisipkan . Titipkan . Pinkan semangat dan motivasi pada diri untuk terus melangkah dengan penuh keazaman . Niatkan , agar segala perbuatan , perlakuanmu itu adalah semata kerana DIA dan moga DIA redhai perjalanan kita.

Mari saling menguatkan ! kitakan nak jadi mcm bahan binaan yang saling menguatkan . Baru cantik , untuk digelar mukmin ^_^

Wahai jiwa-jiwa yang berusaha meningkatkan iman dan taqwa , ayuh ! Kita kuatkan langkah perjalanan ^_^

Moga Allah redha ! Motivasi untuk kegemilangan Islam ^_^

Done . Fuh ! Semoga kekecewaan itu telah diterbangkan oleh angin lalu ^_^

Kawan2 ! Usah putus asa . Hapuskan kekecewaan . Pelajari dari kisah silam . Sinar masih ada untuk kita , Insha Allah . So , marilah kita mengupdate borang UPU kembali . Oh ye , bagi yang ingin menge'check' status kelayakan anda berdasarkan result , sila ke sini ya : I-Must-C-U

Sahabat2 , teringin nak fly Jordan or Maghribi ? Tapi , x tau lepas or tak ? Meh check kelayakan di sini : Jordan & Maghribi [Morocco]

Amacam , lepas ke ? Tapi x tau macam mana prosedurnya ? Ha , inilah tujuan entry kali ini . Atas bantuan SunbaeNim from Morroco & Ustaz Azman , ustaz yg study kat Jordan , they give me special 'advices' untuk ke sana . 

Ok , let's fly to Jordan first .

At first , memang rasa nak fly ke Morocco tu hyper bila dapat tau syaratnya lepas . But bila tengok borang2 dia , terus luntur semangat . Terus malas nak minta Morocco n Jordan , sebab malas nak check kesihatan . *Haih , terukkan >_<'

But bak kata Ustaz Azman , check kesihatan x la susah mana . Bukan nak medical check-up yang lengkap sangat .Pergi mana2 klinik yang ada kemudahan baik , then dia akan ambil beberapa titis darah, air kencing dan xray. Voila . Esok lusa tinggal ambil result je...Mudah je *I guess , maybe sama juga kot kalau nk fly ke Morocco

If nak pergi Timur Tengah , ustaz syorkan ke Jordan & masuk Al Bayt University http://www.aabu.edu.jo/ . Sebab untuk NISA' ada asrama., dan kehidupan di sana murah sikit, yuran pun murah sikit..Nak mohon Jordan by result SPM pon boleh. ^_^

If nak terjemah , pergi ke Institut Terjemahan Negara.. Settle untuk sijil terjemah , pergi cop kat bhgian Konsular Kementrian Luar.  Boleh tengok step dan senarai dokumen yg dprlukan here : http://www.itnm.com.my/services/translation
*okey , tak faham bab terjemah2 ni , sila tanya yang lebih arif ye !

Nak Apply Jordan ada dua cara."
1) mohon melalui JAIS untuk dapat biasiswa zakat.. Borang boleh tanya dengan Bahagian Pendidikan JAIS
2) terus mohon ke Jabatan Penngajian Tinggi (JPT)
*kemudian tunggu jawapan dari JPT., tanyalah Jabatan bila akan dapat jawapannya.
** kalau x dapat bantuan JAIS tu jgn risau . Asal ada perbelanjaan pakai duit sendiri dulu.. Bila dah sampai sana , daftar ahli di Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ). Tanya senior . Mereka akan uruskan untuk dapatkan bantuan Umum.. Walaupun x banyak tapi dapatlah tampung yuran , so kurang lah duit yg parents keluarkan untuk study .

a) Borang untuk mohon melalui dermasiswa zakat/MAIS (cara pertama)
-http://www.jais.gov.my/borang/2013/senaraisemakPI_BA(jordan)(latest).pdf
- http://www.jais.gov.my/borang/2013/borangdermasiswaPI_BA(Jordan).pdf

boleh tengok maklumat tentang dermasiswa itu di sini juga :  http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=1008

b) If x dapat dermasiswa tu , ikut plan kedua . Guna duit sendiri dulu . Untuk tiket kapal terbang mula pergi dan balik selepas habis belajar , boleh claim . Sampai sana , akan ada persatuan yang membantu, ia dinamakan Bantuan UMUM Pendidikan Zakat. Mungkin x dapat bantuan sepenuhnya , tapi bolehlah tampung yuran dan mngurangkan penggunaan wang parent . Sila lawat here :
http://www.e-zakat.com.my/mohon-bantuan/pendidikan/

Fuh . Marathon nak baca pasal Jordan ni ^_^ Jom relaks with tengok adik comel ni !


Okeh , jom kita terbang ke langit biru untuk segmen  Morocco : Aku Datang ~

Ok , untuk Morocco , Ana x dapat maklumat detail macam Jordan * sebab x tau nak tanya apa .>_<"

Kalau Morocco , pengambilan untuk setiap tahun x ramai . Kuota wajib , 15 orang untuk satu Malaysia ..Kalau send intake pun , beberapa orang sahaja .Tentang scholarship , memang kena minta awal ..Boleh apply dengan Lembaga Zakat Selangor .

Sunbaenim saya jenis yang eager untuk fly . Dia tetap nak fly walau tak dapat scholarship & siap nak minta duit pinjaman .Zaman dia , sunbae-nim siap kaji kos hidup , yuran dan semua2 kos yang berkaitan . Tapi , kuasa Allah , walau result Ana dan sunbae-nim lebih kurang je , dia berjaya dapat scholahip untuk ke sana .

 Bila dapat tahu dia boleh fly dengan result yang lebih kurang , time tu memang semangat gila nak minta fly . Mama dah bagi green light . Cuma pada Abah tak sempat diusulkan . Tapi tulah , bila tengok borang yang kena buat check-up kesihatan ... terus malas . Tambah2 lagi , bila cakap ada kuota yang terhad kalau ke Morocco. *actually , berat hati nak minta Abah naik turun JAIS , ke sana , ke sini ..sebab tu luntur semangat untuk mohon. Cukuplah tengok parents susah payah naik JAIS time form 1 dulu :)

Kepada Kak Iqa , Kak Yaya minta maaf sebab x thabat untuk apply . Maaf . Tapi , apa2 pun , semuanya akan difikirkan . Istikharah dan Istiyarah itu perlu . Moga Allah lead us to the BEST path ^_^ HE knows VERY BEST , kan ^_^

Tak habis isu fly , Kak Najah datang mengetuk message . Mengajak untuk ke KISAS . Membuka minda untuk memilih STPM / STAM . Do visit here ;  KISAS

 "Akak bersyukur sebelum akak masuk UNIVERSITI , Allah singgahkan akak dekat 1 tempat yang budak KISAS sendiri takkan jumpa masa zaman sekolah mereka kecuali yang terpilih je ^^" .

Serius , Ana pun tertanya-tanya .. apakah something special itu . Tapi kalau nak tahu , kenalah masuk dulu , kan ? ^_^

Alhamdulillah . Tamat sudah ziarah ke JORDAN-MOROCCO-KISAS . Fuh , penat mengembara ^_^ #IniSemuaPoyo . Terima kasih , jazakillah , gracias kerana sudi membaca entry panjang lebar. Membaca sumber jambatan ilmu ^_^

"Ana nak mohon fly x ?"

Ya , mungkin ada yang akan bertanya . Kalau ikutkan , semangat itu serius dah terbang . Tapi , suatu ayat telah mengetuk qalbi Ana . 'Dapat x dapat , belakang cerita .Yang penting kita usaha . Bukankan Allah memandang pada usaha kita ?'

Sentap . Tersedak . Terdiam . Minda ligat mencerna kata2 itu . Insha Allah , istikharah akan cuba digiatkan . Moga Allah berikan petunjuk yang terbaik untuk kita . Amin . Doakan at least , Ana dapat Ilmu Wahyu at UIA / jurusan IslamicRevealedKnowledge . Amin, Ya Rabbal 'Alamin ^_^ Oh ye , doakan saya dapat ambil lesen memandu before masuk University ! Amin ~

Till here . Tomorrow nak jalan2 release stress . Insha Allah , moga Allah merahmati perjalanan kami . Selamat pergi dan balik . Wallahua'lam . Hanya menyampaikan apa yang diterima . Ada kesilapan , mohon ampun dan maaf . Manusia x terlepas dengan khilaf ~

Wassalam . And have a great day !

 "Rindu ?! Moga Allah letakkan kerinduan ini di tempat yang HALAL & dipandang sebagai REDHA dariNYA ^_^ "

I want to have a children , the one looks like me , another one looks like u 
And live together happily...

*Nice phrases from Lee Seung Gi - Will You Marry Me . Insha Allah , bila tepat masanya , waktunya , tempatnya . It will be KUN FAYAKUN from HIM . Amin~


Jalan masih Panjang . Kejar yang AULA untuk DIA yang AULA ^_^
I w

No comments:

Post a Comment